Tuesday, September 14, 2010

Catatan Ziarah I

Jam 10.59 am (5 Syawal 1431H) mula bertolak dari bandar Laguna Merbok.
Destinasi : Negeri Perlis Indera Kayangan.
Tujuan:     Jejak Kasih keluargacikguhashim.blogspot.com


Tepat jam 12.09pm kereta Grand Livina PakNdak mula menjejakkan rodanya ke bumi Perlis.


Gerbang Sempadan Kedah-Perlis


Destinasi 1 : Rumah Tok Tam (Mak Tam Puan)


"Assalamualaikum !". 


"Waalaikum salam..., laa Khairul ! mai masuk, mai masuk ", Tok Tam menyambut dengan senyum manis.


PakNdak mula berbual-bual bertanya khabar dan juga bertanya perihal anak-anak Tok Tam.


"Sat,  Mak Tam telefon Amri, dia kerja hari ni!" Tok tam mula mencapai telefon dan mendail nombor telefon Pak Su Amri.


"Assalamualaikum, ni abang Khairul mai rumah kita ni. Balik mai sat!" 


Pak Su Amri sekarang bertugas di Kolej Komuniti Tambun Tulang. Sihat sungguh sepupu PakNdak, lebih kurang sihat macam PakNdak la jugak !! 




Ni la Pak Su Amri.



Tok Tam Puan

Banyak la jugak cerita-cerita menarik tentang hal-hal terkini dan juga kisah dulu-dulu. Bercakap tentang kisah dulu-dulu, PakNdak sempat juga la 'snap' beberapa keping gambar suami Tok Tam  iaitu Tok Tam Ahmad (PakNdak panggil Pak Tam Mad) iaitu adik lelaki Tok Wan Hashim.


Tok Tam Mad adalah bekas pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (BM High School) sekitar tahun 1950-an.

Foto Allahyarham Tok Tam Mad (1960-an)


Gambar Famili TokTam (1970-an)
Dari kiri : Mak Cik Amylea, Tok Tam , Paksu Amri (atas riba) dan pak Long Eddy.

Ini lah pasukan 4 X 110 Ela SITC ( Tok Tam yang paling kanan dalam foto ini)
 Tepat jam 3.15 pm PakNdak bertolak pulak ke Mata Ayer untuk mencari sahabat baik Tok Wan iaitu Tok Long Mat Isa (Bekas Polis).


Kepada Tok Tam dan  Pak Su Amri sekeluarga , Pakndak merakamkan jutaan terimakasih yang tak terhingga bagi melengkapkan misi keluargacikguhashim.blogspot.com.


Jumpa lagi !!


Wassalam.

                                                                                                   ..................bersambung.....

1 comment:

  1. Ikut kata Tok Wan, Tok Tam Mad sekelas dgn Tun Abdullah Ahmad Badawi di High School, Bt. Mertajam.

    Banyak kenangan Pak Long dgn Tok Tam Mad masa kecik dulu :
    *kena ligan bersama Ali (sepupu) pasai nakai - menyorok dlm hutan nipah.
    *Tok Tam bawa naik skuter LAMBRETTA yg baru dibeli lepas dpt kerja cikgu pastu Tak Tam tukar reta TAUNUS (la ni mana ada dah!)
    *kena ligan sekali lagi pasai Pak Long guna taip Tok Tam yg dia kunci dlm almari. (masa tu mana ada komputer)
    *selalu Tok Tam suruh Pak Long cari bulu ayam pasai nak korek telinga dia yg gatai.
    Alfatihah utk Tok Tam.

    ReplyDelete