Sunday, July 17, 2016

Salam Aidil Fitri

Masih rindukan Ramadhan...
Masih rindukan semua ahli keluarga..
Berkumpul.. Makan makan..selfie..dan sebagainya..

3 jam kembali mencari katakunci..
Akhirnya..
KuiTeow Bilal + Ayag Asam + Cendoi Kamal..
Ianya muncul semula..

Lepas ni..
Pakat pakat update la noo...

Salam rindu semua..Maaf Zahir Batin..

Sunday, February 12, 2012

PakNdak Kembali..

As salamualaikum...semua

Pak pak menakan, anak anak menakan dan cucu cicit semua....
Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya dapat lah PakNdak kembali memblog...

Akhirnya dapat juga tembusi password yang dah hilang dari simpanan..

Apa pun PakNdak mula dengan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada anak ke 2 PakNgah Nan...Iaitu Sajruddin dengan isterinya...orang Kelate

Monday, April 18, 2011

Cerita Pak Teh...

Assalamua'alaikum..........

Ni pakteh ada satu cerita lama....memang lama dah la.Masa tu pakteh pun bujang lagi...sekolah lagi rasanya kot.....tapi memang lama lah...TokWan pun ada lagi masa tu...Pada sapa2 yg tau..tau lah...yg tak tau..haaa ni pakteh nak cerita.Cerita dia macam ni...

"Intaaaaaann......"dengan sedikit kuat suara ayah(Tok Wan) memanggil Intan(makcik podeh).

"Ya ayah..."makcik Intan menjawab.

"Hang pi kedai sat...cari roti benggali kat ayah....nak makan cicah susu",arahan yg keluar dari mulut ayah..cukup ringkas tapi padat dgn maklumat.

Lalu makcik Intan pun kayuh basikal kaler merah hat dia punya......pergilah akan dia ke kedai untuk membeli roti........

-15 minit berlalu -

jeng...jeng...jeng.......

"Laaaaaaaa.......ni biskut MERRY ni nak buat apa....????" ayah bersuara dalam kehairanan.

"bukan tadi ayah habaq nak biskut MERRY ka..??"jawap Intan..

"ayah habaq kat hang tadi ROTI BENGGALI......bukan biskut MERRY....."tegas ayah...

aku(pakteh) yag dari tadi dok curi-curi dengar terus ketawa...HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA....

"Apa la hang ni.....ayah nak roti benggali...yg hang pi beli biskut merry tu buat apa...???" aku cuba nak mulakan konfrantasi.....

"Tu la...lain kali korek la telinga tu......apa laa...."lagi sekali aku memanaskan keadaan...

Nak tahu apa jadi kat makcik Intan selepas tu...????

Pi tanya dia......(maklang tau juga cerita ni.....hehehehehehe)

p/s : sampai la ni aku masih teringat akan dialog2 yang arwah TokWan cakap kat makcik Intan masa tu...
       Apa la biskut MERRY.........cehhh...

Saturday, October 2, 2010

Majlis Walimah Mohd Syahrin Dan Nurul Diyana

Selamat Pengantin Baru..

Ucapan khas kepada Anakanda Mohd Syahrin dan Isteri Nurul Diyana.


Ketibaan Pengantin dan rombongan

Pada 26hb September 2010, berlangsung Majlis Walimah anakanda sulung PakNgah Hashnan dan Makngah Salmah di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

Pengantin lelaki yang sentiasa menguntum senyum.

Rombongan pengantin tiba di perkarangan dewan jam 1.15pm.

Merpati Dua Sejoli
Cantik dan berseri pengantin dengan pakaian bertemakan putih, hitam dan silver.

Ahli keluarga pengantin
Pengantin 2010

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran bekas pengantin baru Izzat dan Fatin bagi memberikan sokongan moral kepada sepupunya yang baru menempuh gerbang perkahwinan.

keluragacikguhashim.blogspot.com ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PakNgah dan MakNgah yang menerima menantu pertama dan juga kepada pengantin Mohd Syarin dan Nurul Diyana serta seluruh ahli keluarga. Maka makin besarlah ahli keluarga kita.



Tuesday, September 21, 2010

Majlis Walimatul Urus TokNjang


Pada hari Ahad bersamaan 19hb September 2010 juga bersamaan 10 Syawal 1431H maka berlangsunglah upacara walimatul urus di rumah TokNjang Haji Ishak di Bumbung Lima, Kepala Batas.

Majlis bersempena perkahwinan anak lelaki bongsu TokNjang PakSu Tan dan isteri. Untuk pengetahuan semua, TokNjang adalah kekanda sulung Tok Saodah. Seorang Imam dan juga merangkap ketua kampung di Bumbung Lima. Umurnya....emmmm rasa-rasanya dah lebih 80 tahun, tapi masih sihat. Nanti PakNdak nak korek rahsia TokNjang yang sihat walafiat walaupun umur dah berusia.

TokNjang Haji Ishak

Tema perkahwinan pada hari ini adalah hijau pucuk pisang. Jadi suasana hari ini kelihatan hijau dan menawan.

Segak ungguh raja sehari

Semoga bahagia kekal abadi


Saudara mara sebelah Tok Saodah

Hmmm..apa lagi, bedal saja lahh..
Bagi pihak keluargacikguhashim.blogspot ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Tan dan isteri dan juga tahniah kepada seluruh keluarga TokNjang atas anugerah Allah yang tidak terhingga ini.

Jumpa Lagi..

Wassalam...




Friday, September 17, 2010

Catatan Ziarah II

Okay..kali ni PakNdak nak cerita pasal menjejak kawan baik tokwan kat Mata Ayer. Sebuah pekan kecil berhampiran Bandar di Raja Arau.

Tepat jam 3.15pm kami meluncur melalui Jalan Tambun Tulang untuk ke Arau. Kali terakhir PakNdak melalui jalan ini ialah pada tahun 1988 dengan kawan baik PakNdak Uncle Norman dengan motosikal. Syahdu sungguh.

Mercu tanda Bandar Di Raja Arau

Sebenarnya, PakNdak tak tahu kat mana kedudukan rumah Tok Long Mat Isa. Yang PakNdak tahu, dia tinggal di Mata Ayer. Tanya Tok Tam pun dia tak tahu. Pak Su Amri pun tak tahu jugak. Kali terakhir dia berjumpa dengan kawan baik TokWan tu ialah pada masa kenduri kawin kakak Pak Su. 

"Arrgh...macamana ni ??" bisik hati kecil PakNdak.

 "InsyaAllah niat yang baik akan memberi hasil yang baik." 

Pekan Arau memang banyak berubah. PakNdak pernah menjadi warga Arau tahun 1987 semasa menjadi student ITM (sekarang UITM). Rumah-rumah kampung kat situ pun dah besar-besar. Dah maju kita sekarang.

Okay..teruskan cerita. 

Berpegang kepada pepatah 'Malu bertanya sesat jalan', maka Bali Polis lah tempatnya. Apatah lagi Tok Long Mat Isa yang PakNdak cari adalah bekas polis kat Balai Polis Mata Ayer tu.

"Assalamualaikum", PakNdak mula kan langkah dengan menyapa seorang pegawai polis yang sedang duduk di kaunter. 

"Ya..ada apa encik?" Sapa pegawai polis sambil mengemas kertas di atas mejanya.

"Saya mencari saudara saya, Mat Isa bekas polis berusia lingkungan 70-an."

"Elok encik jumpa OCS saya. Dia orang sini." Jawab pegawai polis itu sambil menunjukkan bilik OCS.

Bagus sungguh layanan pegawai-pegawai polis Balai Polis Mata Ayer. Salah seorang pegawai berpangkat Sarjan iaitu En Bakar kenal sangat dengan Tok Long Mat Isa dan tahu kat mana rumah dia. Akhirnya dengan bantuan Sarjan Bakar sampailah PakNdak sekeluarga ke rumah Tok Long Mat Isa.

Dari raut muka Tok Long, PakNdak dapat rasakan amat besar hatinya menerima kunjungan PakNdak apatah lagi bila PakNdak memperkenalkan diri sebagai anak Cikgu Hashim.

Banyak jugalah cerita-cerita kenangan lama Tok Long dengan Tok Wan yang diceritakan terutamanya semasa Tok Long berkhidmat sebagai pegawai polis di George Town. Tok Wan , katanya selalu datang lepak-lepak kat berek bujang Jalan Petani (Pattani Road) dan mereka selalu ronda-ronda Penang bila Tok Long tak bertugas.

Inilah wajah TokLong Mat Isa kawan baik TokWan Hashim


Lebih kurang jam 5.30 petang,  PakNdak pun meminta diri untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Tok Long meminta PakNdak datang lagi dan bermalam dirumahnya kerana banyak lagi yang belum diceritakan. Insya Allah, memang pun tujuan PakNdak nak dokumentasikan kalaupunbukan semua, cukuplah sebahagian perjalanan hidup Tok Wan Hashim sebagai catatan sejarah untuk anak-anak cucunya sebagai tanda kasih sayang kita semua kepada Tok Wan.

"Kita nak pi mana pulak ni bapak?" tanya Hakim anak PakNdak yang nombor tiga.

"Kita ke Kuala Perlis, kita pekena Laksa Perlis dulu sebelum kita balik Sungai Petani."

"Yeeeeh.." jerit anak-anak PakNdak. Zaman dulu kalau Tok Wan bawak kelurga ke rumah Tok Tam, Laksa Kuala Perlis memang tak pernah miss. Laksa hidang dalam daun pisang. Sekarang mana ada dah lagu tu.

"Bapak, tanya sikit boleh?" Siti anak PakNdak nombor dua mula bertanya.

"Sebab apa bapak susah-susah cari kawan tokwan?" perlahan suara Siti menyentuh hati PakNdak.

PakNdak memperlahankan radio yang sedang memainkan lagu raya nyayian Ahmad Jais dan cuba mencari jawapan terbaik untuk Siti.

"Siti." PakNdak memulakan bicara.

"Antara benda baik yang boleh kita buat atau lakukan kepada orang yang sudah meninggal dunia apatah lagi kepada ke dua ibu bapa kita adalah dengan menjalinkan kembali tali silatul rahim dengan orang-orang yang pernah menjadi sahabat baik mereka dan juga adik-beradik mereka." 

"Oooo.." sahut Siti perlahan.


Ni lah Siti, anak PakNdak yang suka bertanya.

Tuesday, September 14, 2010

Catatan Ziarah I

Jam 10.59 am (5 Syawal 1431H) mula bertolak dari bandar Laguna Merbok.
Destinasi : Negeri Perlis Indera Kayangan.
Tujuan:     Jejak Kasih keluargacikguhashim.blogspot.com


Tepat jam 12.09pm kereta Grand Livina PakNdak mula menjejakkan rodanya ke bumi Perlis.


Gerbang Sempadan Kedah-Perlis


Destinasi 1 : Rumah Tok Tam (Mak Tam Puan)


"Assalamualaikum !". 


"Waalaikum salam..., laa Khairul ! mai masuk, mai masuk ", Tok Tam menyambut dengan senyum manis.


PakNdak mula berbual-bual bertanya khabar dan juga bertanya perihal anak-anak Tok Tam.


"Sat,  Mak Tam telefon Amri, dia kerja hari ni!" Tok tam mula mencapai telefon dan mendail nombor telefon Pak Su Amri.


"Assalamualaikum, ni abang Khairul mai rumah kita ni. Balik mai sat!" 


Pak Su Amri sekarang bertugas di Kolej Komuniti Tambun Tulang. Sihat sungguh sepupu PakNdak, lebih kurang sihat macam PakNdak la jugak !! 




Ni la Pak Su Amri.



Tok Tam Puan

Banyak la jugak cerita-cerita menarik tentang hal-hal terkini dan juga kisah dulu-dulu. Bercakap tentang kisah dulu-dulu, PakNdak sempat juga la 'snap' beberapa keping gambar suami Tok Tam  iaitu Tok Tam Ahmad (PakNdak panggil Pak Tam Mad) iaitu adik lelaki Tok Wan Hashim.


Tok Tam Mad adalah bekas pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (BM High School) sekitar tahun 1950-an.

Foto Allahyarham Tok Tam Mad (1960-an)


Gambar Famili TokTam (1970-an)
Dari kiri : Mak Cik Amylea, Tok Tam , Paksu Amri (atas riba) dan pak Long Eddy.

Ini lah pasukan 4 X 110 Ela SITC ( Tok Tam yang paling kanan dalam foto ini)
 Tepat jam 3.15 pm PakNdak bertolak pulak ke Mata Ayer untuk mencari sahabat baik Tok Wan iaitu Tok Long Mat Isa (Bekas Polis).


Kepada Tok Tam dan  Pak Su Amri sekeluarga , Pakndak merakamkan jutaan terimakasih yang tak terhingga bagi melengkapkan misi keluargacikguhashim.blogspot.com.


Jumpa lagi !!


Wassalam.

                                                                                                   ..................bersambung.....