Okay..kali ni PakNdak nak cerita pasal menjejak kawan baik tokwan kat Mata Ayer. Sebuah pekan kecil berhampiran Bandar di Raja Arau.
Tepat jam 3.15pm kami meluncur melalui Jalan Tambun Tulang untuk ke Arau. Kali terakhir PakNdak melalui jalan ini ialah pada tahun 1988 dengan kawan baik PakNdak Uncle Norman dengan motosikal. Syahdu sungguh.
![]() |
| Mercu tanda Bandar Di Raja Arau |
Sebenarnya, PakNdak tak tahu kat mana kedudukan rumah Tok Long Mat Isa. Yang PakNdak tahu, dia tinggal di Mata Ayer. Tanya Tok Tam pun dia tak tahu. Pak Su Amri pun tak tahu jugak. Kali terakhir dia berjumpa dengan kawan baik TokWan tu ialah pada masa kenduri kawin kakak Pak Su.
"Arrgh...macamana ni ??" bisik hati kecil PakNdak.
"InsyaAllah niat yang baik akan memberi hasil yang baik."
Pekan Arau memang banyak berubah. PakNdak pernah menjadi warga Arau tahun 1987 semasa menjadi student ITM (sekarang UITM). Rumah-rumah kampung kat situ pun dah besar-besar. Dah maju kita sekarang.
Okay..teruskan cerita.
Berpegang kepada pepatah 'Malu bertanya sesat jalan', maka Bali Polis lah tempatnya. Apatah lagi Tok Long Mat Isa yang PakNdak cari adalah bekas polis kat Balai Polis Mata Ayer tu.
"Assalamualaikum", PakNdak mula kan langkah dengan menyapa seorang pegawai polis yang sedang duduk di kaunter.
"Ya..ada apa encik?" Sapa pegawai polis sambil mengemas kertas di atas mejanya.
"Saya mencari saudara saya, Mat Isa bekas polis berusia lingkungan 70-an."
"Elok encik jumpa OCS saya. Dia orang sini." Jawab pegawai polis itu sambil menunjukkan bilik OCS.
Bagus sungguh layanan pegawai-pegawai polis Balai Polis Mata Ayer. Salah seorang pegawai berpangkat Sarjan iaitu En Bakar kenal sangat dengan Tok Long Mat Isa dan tahu kat mana rumah dia. Akhirnya dengan bantuan Sarjan Bakar sampailah PakNdak sekeluarga ke rumah Tok Long Mat Isa.
Dari raut muka Tok Long, PakNdak dapat rasakan amat besar hatinya menerima kunjungan PakNdak apatah lagi bila PakNdak memperkenalkan diri sebagai anak Cikgu Hashim.
Banyak jugalah cerita-cerita kenangan lama Tok Long dengan Tok Wan yang diceritakan terutamanya semasa Tok Long berkhidmat sebagai pegawai polis di George Town. Tok Wan , katanya selalu datang lepak-lepak kat berek bujang Jalan Petani (Pattani Road) dan mereka selalu ronda-ronda Penang bila Tok Long tak bertugas.
![]() |
| Inilah wajah TokLong Mat Isa kawan baik TokWan Hashim |
Lebih kurang jam 5.30 petang, PakNdak pun meminta diri untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Tok Long meminta PakNdak datang lagi dan bermalam dirumahnya kerana banyak lagi yang belum diceritakan. Insya Allah, memang pun tujuan PakNdak nak dokumentasikan kalaupunbukan semua, cukuplah sebahagian perjalanan hidup Tok Wan Hashim sebagai catatan sejarah untuk anak-anak cucunya sebagai tanda kasih sayang kita semua kepada Tok Wan.
"Kita nak pi mana pulak ni bapak?" tanya Hakim anak PakNdak yang nombor tiga.
"Kita ke Kuala Perlis, kita pekena Laksa Perlis dulu sebelum kita balik Sungai Petani."
"Yeeeeh.." jerit anak-anak PakNdak. Zaman dulu kalau Tok Wan bawak kelurga ke rumah Tok Tam, Laksa Kuala Perlis memang tak pernah miss. Laksa hidang dalam daun pisang. Sekarang mana ada dah lagu tu.
"Bapak, tanya sikit boleh?" Siti anak PakNdak nombor dua mula bertanya.
"Sebab apa bapak susah-susah cari kawan tokwan?" perlahan suara Siti menyentuh hati PakNdak.
PakNdak memperlahankan radio yang sedang memainkan lagu raya nyayian Ahmad Jais dan cuba mencari jawapan terbaik untuk Siti.
"Siti." PakNdak memulakan bicara.
"Antara benda baik yang boleh kita buat atau lakukan kepada orang yang sudah meninggal dunia apatah lagi kepada ke dua ibu bapa kita adalah dengan menjalinkan kembali tali silatul rahim dengan orang-orang yang pernah menjadi sahabat baik mereka dan juga adik-beradik mereka."
"Oooo.." sahut Siti perlahan.
![]() |
| Ni lah Siti, anak PakNdak yang suka bertanya. |



Kenangan semasa kecil.
ReplyDeletePernah sekali Tok Wan bawa Pak Long ziarah Tok Tong Md Isa. Masa tu kalau tak silap Tok Long Md Isa bertugas di Balai Polis Kulim (la ni dah jadi bhg trafik) dan tinggal diberek berdekatan. Berek itu lebih kurang macam berek polis dalam filem Bukit Kepong. Panjang dan banyak berek.
Sementara Tok Wan bersembang2 dengan kawannya itu, Pak Long joint budak2 anak polis bermain di padang depan berek. Setelah lama bermain Pak Long rasa dahaga dan berlari balik untuk minum bersama Tok Wan dan kawannya, tapi Tok Wan dan kawannya itu tak ada.Yang ada orang lain yang Pak Long tak kenai.
Rupa-rupanya Pak Long dah silap rumah.